Pages

Saturday, March 26, 2011

~~ Guru Tadika ~~

Ada seorang guru tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan.Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.(Apa punya cikgu la...tak ada ciri-ciri cikgu langsung...ish3..) Tiba-tiba, dia mendapat satu akal..

Guru tadika  : Anak-anak nampak tak pen ini?
Murid-murid : nampak cikgu..
Guru tadika  : pen ada kan?
Murid-murid : ada cikgu.

Kemudian guru tadika memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...



Guru tadika  : Anak-anak,nampak pen tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika  : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika  : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kaak itu berjaya.Guru tadika itu berasa sangat bangga kerana dia fikir kerana kebijaksanaannya itu , dia dapat mempengaruhi minda kanak-kanak itu.Tetapi ternyata dia salah, dalam kumpulan kanak-kanak tadika itu ada seorang budak yang pintar bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak.
Amin : Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

haha..kan dah terkena..ish3..moralnya , lain kali jangan fikir diri kita tu pandai nak mempengaruhi orang ..padahal ada orang lagi pandai daripada kita...








13 comments:

  1. padan muke cekgu tuh! hahaha

    ReplyDelete
  2. Bestlah lawak ni...bangsa apa la cikgu yang tak de otak tu ye...

    ReplyDelete
  3. kunjungan salam.mkaseh sbb sudi jengah blog saya

    ReplyDelete
  4. cikgu tu kena lebih kreatif lagi

    ReplyDelete
  5. ahahah kesian cikgu tu . tp pdan muka jugak laa

    ReplyDelete
  6. nsib ada amin..kalo tidak dah sesat budk2 tu..glad to be ur follower...nice blog

    ReplyDelete
  7. wah .. memang cikgu tuh takde otak laa ..

    ReplyDelete
  8. huhu..cikgu 2 kena dengan buadak tadika..ahahaha

    ReplyDelete