Pages

Friday, February 18, 2011

Steve Jobs,mungkin tidak hidup lama!!!

SAN FRANCISCO - Pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs mungkin hanya hidup enam minggu lagi ekoran sakit kanser yang dihadapinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar National Enquirer kelmarin menyiarkan gambar Jobs, 55, yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan dalam jumlah yang banyak.

Menurut laporan akhbar itu, Jobs yang mencipta kejayaan menerusi pengeluaran gajet iPod, iPhone dan iPad menghidap kanser pankreas dan mungkin hidup dalam tempoh enam minggu lagi.
Dalam gambar yang disiarkan akhbar berkenaan, Jobs kelihatan lemah semasa dia memakai seluar jean.
Menurut laporan akhbar itu, berat pengasas syarikat Apple itu dikatakan merosot dari 79.37 kilogram sebelum kanser kepada hanya 58.96 kilogram.
Gambar itu dirakamkan pada 8 Februari lalu yang menunjukkan Jobs pergi bersarapan pagi dengan isterinya, Laurene Powell sebelum dia menuju ke Pusat Kanser Stanford di California.

Menurut seorang pakar perubatan, Dr. Gabe Mirkin: "Jobs tidak mempunyai otot di punggungnya. Apa yang anda lihat ialah ototnya hilang disebabkan kanser."

Rambut Jobs yang semakin gugur disebabkan kesan rawatan kemoterapi.
Seorang lagi pakar perubatan, Dr. Samuel Jacobson memberitahu akhbar itu bahawa berdasarkan penilaiannya, kematian Jobs semakin hampir.

"Saya boleh menyatakan dia mempunyai tempoh enam minggu lagi (untuk hidup)," katanya.
Jobs dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$6 bilion (RM18.26 bilion). - Agensi

12 comments:

  1. kabar baik Yuiiiiiiiiiiii.....yan..yan..yan..yan

    ReplyDelete
  2. huuuuuuuu...
    kekayaan tak boleh bawa sampai mati..

    ReplyDelete
  3. ksiannnnnnnnnnn...smoge sembuh
    =D


    COME VISIT MY BLOG

    ReplyDelete
  4. Good to see you, peace and love, Alah bless all members of this group, first of all, thank you for your visiting, for those visit my blog can use it in order to practise English, that's why I'm inviting you to visit my blog.

    ReplyDelete
  5. Revisiting you,new post friends, if you wanna exchange links, please add me and leave a message. My blog is about English tips, educative, by the way, visit friends http://www.englishtips-self-taught.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. oh.. unlike.. 1 of my idol... seorang taikun yg rendah diri. humble macam mark zuckerberg. membangunkan syarikat apple corp. yang dahulunya bankrup sehingga menjadi syarikat multimedia paling success di dunia mengatasi musuh mereka windows. mengilhamkan ipod & handset berteknologi touchscreen pertama di dunia iphone. bersahaja & x pernah berlagak. icon bagi semua usahawan. Hope u can get well soon mr.jobs~

    latest : Semalam Aku Kena Kacau

    ReplyDelete