Pages

Friday, January 7, 2011

FATWA : Penyelewengan ESQ Oleh Mufti Persekutuan Malaysia

Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya’
http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf

Sumber petikan : www.detiknews.com
Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) milik Ary Ginanjar Agustian sangat terkenal di Indonesia. Namun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia menilai ESQ Ary terpesong dari ajaran-ajaran agama Islam.

Menurut Wikipedia, Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Inilah fatwa lengkap soal ESQ Ary yang dikutip dari situs www.muftiwp.gov.my:

‘Fatwa Berkenaan dengan Kursus ESQ Leadership Training dan Fahaman yang Seumpama Dengannya’

(a) ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti yang berikut:

i. mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama (Al-Quran dan As-Sunnah) secara bebas, dan fahaman pluralisme-agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.

ii. mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah s.w.t semata-mata (al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah).

iii. mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ‘SQ’ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala ‘God Spot’ adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat Al-Quran
(Al-Hajj, ayat 46).

iv. menekanan konsep ‘suara hati’ atau ‘conscience’ sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristiani. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut ‘In the main forms og Christianity, conscience is the absolutely inviolable and acrosanct center of the person as human as responsible for her or his decisions;. Konsep suara hati juga merupakan ajaran Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekandanda. Menurut Imam Abu al-Abbas, pendapat demikian adalah zindik dan kufur.

v. menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.

vi. mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulamak kerana ia bermakna mengingkari nas-nas Al-Quran dan Hadis Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi a.s .

vii. menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir Al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan ‘submission’. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat Al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.

viii. menyamakan bacaan Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang jepun yang berteraskan ajaran Buddha.

ix. mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumusan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s diselamatkan daripada Fir’aun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juru terbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini, merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekananda.

x. mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan ‘triple one’. Ini adalah tafsiran bidaah dan sesat. Dalam konteks akidah, ‘triple one’ digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan konsep trinity. Buku ‘Christianity For Dummies’, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan ‘The Trinity: How 1+1+1 Equals 1. Christianity says that God is Trinity – one God expressed in three beings. The term trinity meands: three-oneness.
(b) mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman
sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan.

Bertarikh 10 Jun 2010 dan ditandatangani oleh Mufti wilayah persekutuan Malaysia, Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh tanggal 10 Juni 2010.(mok/nrl)
…..


18 comments:

  1. TAKUT PULAK BACA... ESQ TRAINING NI POPULar kot

    ReplyDelete
  2. saya salah seorang alumni ESQ. saya bukanlah seorang yg arif dlm bab agama tapi, bila saya pergi apa yg saya dpt lgsg tidak merosakkan akidah sy malah sy lebih yakin bahawa Allah itu ada dan maha berkuasa. Melalui training yg dilalui, ia sememangnya positif dan relevan utk budaya kerja saya sebagai seorang pekerja utk bekerja dgn lebih ikhlas dan jujur. Mungkin, bagi yang lebih arif tidak selayaknya hadir ke ESQ Training ini berbanding bg saya dan mereka2 yang lain yg semakin lalai boleh menjadikan esq sbg satu motivation. Trainer2 ESQ pun dah terangkan segala kecelaruan yang berbangkit begitu juga dgn Pak Ary. Maaf, jika salah.

    ReplyDelete
  3. yer ker tapi cuba identify code ni eh,ESQ 165.1 maksudnya,IHSAN..6 membawa maksud 6 RUKUN IMAN dan 5 tu sendiri,membawa maksud 5 RUKUN ISLAM..

    ReplyDelete
  4. yup, sy pun alumni jugak. sy pun tak rasa langsung ESQ ni menyeleweng. malah, rs diri ni bertambah mantap keimanan ni. tak tau la kn.. lain orang, lain feelnya tu. tp, for me..its gud la. terus menusuk rasa bersalah sebab alpa dgn nikmat duniawi ni. mufti2 n trainer pun ada terangkan pasal kecelaruan ni. relevan je alasan diorg ni. Thanks to ESQ sebab mengembalikan sy ke fitrah allah subhanallahutaa'la.. :) bukan ESQ yg mengubah seseorg tu, pokok pangkalnya diri sendri..

    ReplyDelete
  5. ada agenda politik tu kot... apasal KL je haramkan? satu persoalan...

    ReplyDelete
  6. Salam Dr Istanbul, salam perkenalan. Pe kabor? Akak lama dh baca fatwa ni. Tp akak tak penah gi ESQ ni jd baca saja fatwa tu. Anyway, thanx for sharing.

    ReplyDelete
  7. kalau sumber dari wiki tak boleh percaya sangat,sebab boleh diubah oleh sesiapa saja.

    ReplyDelete
  8. adeh, mcm2 benda skrg nie.
    nice info douh! XD

    ReplyDelete
  9. apa???biar btol???aq ada msuk esq traning msa aq form 3....

    ReplyDelete
  10. :):):)
    tak tau nak kata apa
    terbaeekkk!!!!

    singgah dari mknace unlimited

    ReplyDelete
  11. owh aku pnh dgr gak,,tpi ramai org kata benda nh bgus,,tu yg heran nape mufti hrmkan plk,,mcm2 bnda yg meragukan la skrg nh,,

    NewBlogger: Jom sama-sama up traffik,,!!

    ReplyDelete
  12. Out of all the muftis, Mufti Wilayah was the only one who did not attend the meeting with Ary Ginanjar.

    Out of the other muftis who went to the meeting, 8 of them joined ESQ.

    Reading ciri ciri yang menyebabkan ESQ diharamkan by this particular mufti confuses me. Sebab selama pergi ESQ training, tak pernah ada satu unsur yang dituduh ni pun that i can see.

    From what ive heard and read, Mufti Wilayah sent representatives who then reported back to him their opinions and insights of what ESQ was like.

    From these insights, barulah fatwa haram ni diturunkan.

    You would do well to investigate and do a thorough research about a matter before simply condemning them. That is not the way Islam was taught to us, to simply barge in and make our own assumptions.

    :)

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete