Pages

Friday, December 3, 2010

HUKUM BUAT SANGGUL SEPERTI BONGGOL UNTA...

Assalammualikum ..Hari ni, aku nak kongsikan sedikit tentang sanggul bonggol unta.Ramai wanita yang kurang tahu tentang hukum pakai tudung dengan betul n ramai yang pakai tudung sepeti bonggol unta...Jadi, hari ni aku nak bagitau hukum memakai tudung seperti bonggol unta.


Hadis : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).


Ada yang menyatakan seperti ini...

Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.


Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.

dan pendapat lain adalah seperti berikut


Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.


Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj :

"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25)


Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.


SEBAB PENGHARAMAN

Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:


SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN

Rasulullah saw bersabda :

?Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah? (Hr Bukhari Muslim)


Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :

?Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.


SEBAB KEDUA: PENIPUAN

Muawiyah berkata :

"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.


Kesimpulan :

Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih)

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).



Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan.
  

aku akhiri entry aku ni dengan lafaz Assalammualaikum ... 


sumber



17 comments:

  1. entry besh..da ramai y tahu pasal mende ni..tp, ramai gak y wat x tau..sdgkan sbnarnye dorang tau...nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. Bersederhanalah dalam menjaga penampilan. Pelihara iman dan akhlak, insyaAllah kecantikan luaran akan dipancarkan.

    * Jauhi yang dilarang Allah *

    Wahuallam.

    ReplyDelete
  3. alamak

    hahahahahaha. T_T
    insap. kakakaka

    ReplyDelete
  4. bughoknyer rupa sanggol tu.... Saper yg memakai gitu kasiannnnn...tertipu.

    ReplyDelete
  5. sampaikan walau sepotong ayat...

    ReplyDelete
  6. ptt di warwarkan lagi pasal ni..ada yg tau tpi buat2 tak tau...pd i la tak elok pon sanggul tinggi2 ni..nampak buruk bebeno...ntah hape yg digilakan sngt ngan sngull tinggi ni apehal ntah...

    ReplyDelete
  7. tudung tu dah pakai tapi..tapi tak betul la pulak....

    tapi diarang tak tahu ke buat2 tak tahu ek..

    ReplyDelete
  8. Apa hukum meluruskan atau mengerintingkan rambut sebab nak tambah keyakinan bg org yg kurang keyakinan diri?

    ReplyDelete
  9. bermakna yg bertudung then ada sanggul tinggi2 mcm fesyen tudung sekarang tak blh la yer..

    VIDEO SEKS ARIEL PETERPAN & CUT TARI BAKAL DI TAYANGKAN

    ReplyDelete
  10. lol.ak pom xphm ape yg mnriknye sanggul bonggol unta ni..

    ReplyDelete
  11. berdosa nih....arap sape yg ikt sgera brtukr....

    ReplyDelete
  12. sbnrnye, ramai yg tau..kalo ikutkan artikel psl pgharaman sanggul ni dah tersebar luas..tp mereka buat2 tak nmpk..n terus jugak buat apa yg tlh diharamkn..

    ReplyDelete
  13. besar sgt pun --- udah nmpk lain yerk

    ReplyDelete
  14. tak santeklah bonggol2 ni.
    macam ade tumor dekat kepala yang terbonjol keluar.

    btw, mereka selalu menyatakan yang berhias itu perlu selagi menutup aurat.

    haila... dunia!

    ReplyDelete